Kelas Microsoft Office Publisher (Pengenalan kepada MS Publisher)

3 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 2 Februari 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Office Publisher iaitu ‘Pengenalan kepada MS Publsher’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 9 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas menggunakan program MS Publisher.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada mulanya diajar dan diterangkan kegunaan MS Publisher berbanding MS Office yang lain seperti dalam membuat kad jemptan, brosur, poster dan resume. Selepas itu, peserta diterangkan dan diajar fungsi-fungsi butang yang terdapat di dalam program tersebut dan cara penggunaannya seperti membuat kotak perkataan ataupun ‘Text Box’, penggunaan ‘border & accents’, cara mengimport gambar dan membawa kehadapan perkataan dari belakang gambar serta banyak lagi. Setiap peserta dikehendaki mengikut segala konsep dan asas yang diajar dan diterangkan namun dengan kreativiti masing-masing.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.


 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali